Sumbangan Tamadun Mesopotamia
|
Ø Hammurabi memerintah
dari tahun 1792-1750 S.M.. Beliau berasal daripada keturunan Amorite. Beliau
membina banyak negara kota. Pusat pemerintahannya di Babylon. Beliau telah
menakluk Akkad dan menjadi raja seluruh Mesopotamia.
Ø Contoh
Kod Undang-undang Hammurabi:
1. Sekiranya seseorang bangsawan mematahkan tulang seseorang bangsawan
lain, tulangnya akan dipatahkan.
2. Sekiranya seseorang bangsawan mencederakan mata seseorang
rakyat biasa atau mematahkan tulangny, maka, bangsawan ini didenda satu wang
perak.
Ø Undang-undang
ini telah berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat
pelbagai kaum dan juga di kalangan susun lapis masyarakat itu
sendiri.Undang-undang ini telah dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan
system organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut.Seterusnya,kod ini juga
telah membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang
panjang,iaitu dari tahun 3500 S.M. hingga tahun 539S.M..
Ø
Epik Gilgamesh
· Kisah tentang kepahlawanan tokoh bernama Gilgamesh.
Beliau dikatakan memiliki sifat dua pertiga tuhan, satu pertiga manusia,
wajah yang tampan, dan susuk badan yang sasa. Beliau dikatakan memiliki
kekuatan dan keberanian. Gilgamesh telah memerintah serta memberikan
perlindungan kepada kehidupan di kota Uruk.
· Epik ini juga menceritakan tentang pemerintahan,
percintaan, kehidupan yang kekal abadi dan kesaktian.
Ø Perkembangan
ilmu astronomi.
· Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang, dan
matahari telah membawa kepada perkembangan ilmu matematik seperti sistem
mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi, dan punca ganda
dua yang kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri.
· Penguasaan dalam bidang astronomi juga telah
membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta calendar yang
berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam satu tahun.
Ø Perkembangan
ilmu perubatan
· mendapat perhatian khusus semasa pemerintahan kerajaan
Assyria kerana kerajaan ini begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya.
· Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan
ramuan perubatan telah dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya. Cara
mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan juga telah dicacatkan
sebagai panduan kepada pengamal perubatan.
Ø Penciptaan
Roda.
· Roda digunakan dalam menghasilkan kereta kuda sama ada
untuk tujuan peperangan atau kegunaan pada masa aman.
·Penciptaan roda membolehkan orang Mesopotamia mencipta
kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus dan meningkatkan hasil
pertanian di samping mengawal banjir.
Ø Ciptaan
alat pengangkutan yang terawal kepada dunia.
· Orang Sumeria telah menggunakan kapal layar serta
pengangkutan beroda sejak tahun 3000 S.M.. Oleh itu, mereka mampu menguasai
jalan darat serta jalan laut sehingga mereka dapat berhubung dengan wilayah
di dunia serta wilayah di kawasan Laut Mediterranean.
Ø Cara
membuat batu bata daripada tanah liat.
· Dalam seni bina, mereka telah mencipta arca dan tiang
batu. Contoh arca tersebut ialah patung Raja Gudea. Arca dan tiang batu dapat
dilihat dalam seni bina zigurat.
|
Rujukan:
K.Ratnam & V.Indrani. (2011). Spotlight Alfa Sejarah Tingkatan 4. Selangor: Pan Asia Publications Sdn.Bhd.
Mahdi Shuid Saliza Saad. (2002). STPM Tamadun Dunia. Selangor: Pearson Malaysia Sdn.Bhd.
Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan. (1999). Tamadun Dunia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
http://sejarahpcghs.blogspot.com/p/tamadun-mesopotamia.html
http://sejarahpcghs.blogspot.com/p/tamadun-mesopotamia.html
No comments:
Post a Comment