Wednesday, 2 September 2015

SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SAYA

Tujuan blog ini dihasilkan adalah untuk berkongsi maklumat untuk rakan-rakan saya. Kita boleh menggunakan blog untuk mencatatkan aktiviti harian kita. Hal ini memudahkan kita membuat kerja dengan lancar. 
Tambahan pula, sesetengah orang menggunakan blog untuk menukar maklumat antara satu sama lain terutamnya orang-orang yang mempunyai ketertarikan dan hobi yang sama. Hal ini juga dapat menimbulkan suasana yang harmonis antara satu sama lain.
Dalam masyarakat yang maju ini, sesetengah masyarakat Malaysia menggunakan blog untuk membuat promosi barangan secara online. Masyarakat sekarang suka membeli barang melalui online. Hal ini dapat menjimatkan masa mereka dan dapat membuat bayaran dengan cepat.

TAMADUN

Tamadun 
-berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain- bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah.
-dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju.
-Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization dalam bahasa Melayu.
Ø Perkataan civilization dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar.

Asal Usul Tamadun
-Ibn Khaldun - orang pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun pada kurun ke-14 dalam bukunya al-Muqaddimah li Kitab al-'ibar wa Diwan al-Mabtada' wa al-Khabar fi Ayyam al-'Arab wa al-'Ajam wa al-Barbar.
-Di Eropah, perkataan civilisation hanya mula diungkapkan pada abad ke-18 dan mula digunakan pada kurun ke-19.

Ciri-ciri Masyarakat Bertamadun
1.   Mempunyai bentuk agama yang tinggi.
2.   Bentuk negara yang tersusun dan rapi.
3.   Mempunyai sistem undang-undang yang teratur.
4.   Kehidupan bandar.
5.   Mempunyai bahasa dan sistem tulisan yang maju.
6.   Mempunyai bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa.

Menurut sarjana Barat, Darcy Roberio, terdapat sebelas ciri-ciri bagi sesebuah tamadun iaitu,
    Penyebaran teknik pertanian
    Penternakan dan pengkhususan fungsi kumpulan tertentu
     Revolusi perbandaran
    Kemunculan bandar dan negara
    Stratifikasi masyarakat dalam kelas-kelas sosial
    Pertanian
    Perairan
    Teknik
    bilangan dan kalendar
    Perkembangan kapal
    Penciptaan mata wang


Rujukan:
K.Ratnam & V.Indrani. (2011). Spotlight Alfa Sejarah Tingkatan 4. Selangor: Pan Asia Publications Sdn.Bhd.
Mahdi Shuid Saliza Saad. (2002). STPM Tamadun Dunia. Selangor: Pearson Malaysia Sdn.Bhd.
Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan. (1999). Tamadun Dunia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun

LOKASI TAMADUN MESOPOTAMIA

Tamadun Mesopotamia


Lokasi
Ø  Mesopotamia terletak kawasan lembah dan di antara dua batang sungai iaitu Sungai Tigris dan Sungai Euphrates.
- Sungai ini mengalir dari kawasan pergunungan di Turki ke tanah lembah pamah di Iraq sampai ke Teluk Parsi.

 
Lokasi Tamadun Mesopotamia

Rujukan:
K.Ratnam & V.Indrani. (2011). Spotlight Alfa Sejarah Tingkatan 4. Selangor: Pan Asia Publications Sdn.Bhd.
Mahdi Shuid Saliza Saad. (2002). STPM Tamadun Dunia. Selangor: Pearson Malaysia Sdn.Bhd.
Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan. (1999). Tamadun Dunia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
http://sejarahpcghs.blogspot.com/p/tamadun-mesopotamia.html

CIRI-CIRI TAMADUN MESOPOTAMIA

Ciri – ciri Tamadun Mesopotamia
ü   Negara Kota
·  Negara kota yang wujud di sepanjang sungai mempunyai ciri fizikal yg tersendiri.
·  Setiap negara kota mempunyai pusat kota, tembok kota, luar kota, pelabuhan dan kubu pertahanan yang mempunyai pelbagai bentuk gerbang pintu.
·   Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah kedai, pasar dan rumah ibadat. 


Negara Kota Tamadun Mesopotamia

  Organisasi Sosial
-Masyarakat negara kota lebih teratur
-Masyarakat negara kota terbahagi
kepada:
Gol. Pemerintah (raja, ketua pendeta, k. Tentera, bangsawan), Rakyat Bebas – Petani, artisan, pedagang, Hamba (Tawanan perang).



Organisasi Sosial Tamadun Mesopotamia

    Sistem Pemerintahan
· Berbentuk teokrasi
· Raja dianggap sebagai tuhan/ wakil tuhan/pemilik kota
· Raja Naramsin (Akkad) > penduduk sembah
· Raja Naramsin menggelarkan diri sbg “Raja Empat Penjuru Alam”
· Raja menjadi ketua pentadbir, ketua tentera, ketua pendeta
· Raja & ahli keluarga raja memegang jawatan di Zigurat
·   Zigurat adalah pusat ibadat, pusat perdaganagn, pusat penyimpanan khazanah Negara

Zigurat

  Pengkhususan kerja
·Penduduk tinggalkan pekerjaan petani  menjadi peniaga, pedangang & artisan
·Perdagangan disekitar Mesopotamia & Lembah Indus

     Sistem Tulisan
· Bermula dengan bentuk tulisan bergambar
· Sistem tulisan berkembang kepada tulisan berbentuk simbol (guna tanah liat)Tulisan berbentuk pepaku (cuneiform)



Rujukan:
K.Ratnam & V.Indrani. (2011). Spotlight Alfa Sejarah Tingkatan 4. Selangor: Pan Asia Publications Sdn.Bhd.
Mahdi Shuid Saliza Saad. (2002). STPM Tamadun Dunia. Selangor: Pearson Malaysia Sdn.Bhd.
Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan. (1999). Tamadun Dunia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
http://sejarahpcghs.blogspot.com/p/tamadun-mesopotamia.html

SUMBANGAN TAMADUN MESOPOTAMIA

Sumbangan Tamadun Mesopotamia

Ø  Hammurabi memerintah dari tahun 1792-1750 S.M.. Beliau berasal daripada keturunan Amorite. Beliau membina banyak negara kota. Pusat pemerintahannya di Babylon. Beliau telah menakluk Akkad dan menjadi raja seluruh Mesopotamia.
Ø  Contoh Kod Undang-undang Hammurabi:
Kod Undang-undang Hammurabi
1. Sekiranya seseorang bangsawan mematahkan tulang seseorang bangsawan lain, tulangnya akan dipatahkan.
  2. Sekiranya seseorang bangsawan mencederakan mata seseorang rakyat biasa atau mematahkan tulangny, maka, bangsawan ini didenda satu wang perak.

Ø  Undang-undang ini telah berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan juga di kalangan susun lapis masyarakat itu sendiri.Undang-undang ini telah dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan system organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut.Seterusnya,kod ini juga telah membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang,iaitu dari tahun 3500 S.M. hingga tahun 539S.M..


Ø  Epik Gilgamesh
· Kisah tentang kepahlawanan tokoh bernama Gilgamesh. Beliau dikatakan memiliki sifat dua pertiga tuhan, satu pertiga manusia, wajah yang tampan, dan susuk badan yang sasa. Beliau dikatakan memiliki kekuatan dan keberanian. Gilgamesh telah memerintah serta memberikan perlindungan kepada kehidupan di kota Uruk.
·  Epik ini juga menceritakan tentang pemerintahan, percintaan, kehidupan yang kekal abadi dan kesaktian.


Ø  Perkembangan ilmu astronomi.
·   Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang, dan matahari telah membawa kepada perkembangan ilmu matematik seperti sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi, dan punca ganda dua yang kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri.

·    Penguasaan dalam bidang astronomi juga telah membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta calendar yang berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam satu tahun.


Ø  Perkembangan ilmu perubatan
· mendapat perhatian khusus semasa pemerintahan kerajaan Assyria kerana kerajaan ini begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya.

· Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya. Cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan juga telah dicacatkan sebagai panduan kepada pengamal perubatan.

          
Ø  Penciptaan Roda.
·  Roda digunakan dalam menghasilkan kereta kuda sama ada untuk tujuan peperangan atau kegunaan pada masa aman.
·Penciptaan roda membolehkan orang Mesopotamia mencipta kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus dan meningkatkan hasil pertanian di samping mengawal banjir.    

Ø  Ciptaan alat pengangkutan yang terawal kepada dunia.
·    Orang Sumeria telah menggunakan kapal layar serta pengangkutan beroda sejak tahun 3000 S.M.. Oleh itu, mereka mampu menguasai jalan darat serta jalan laut sehingga mereka dapat berhubung dengan wilayah di dunia serta wilayah di kawasan Laut Mediterranean.

Ø  Cara membuat batu bata daripada tanah liat.
·   Dalam seni bina, mereka telah mencipta arca dan tiang batu. Contoh arca tersebut ialah patung Raja Gudea. Arca dan tiang batu dapat dilihat dalam seni bina zigurat.




Rujukan:
K.Ratnam & V.Indrani. (2011). Spotlight Alfa Sejarah Tingkatan 4. Selangor: Pan Asia Publications Sdn.Bhd.
Mahdi Shuid Saliza Saad. (2002). STPM Tamadun Dunia. Selangor: Pearson Malaysia Sdn.Bhd.
Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan. (1999). Tamadun Dunia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
http://sejarahpcghs.blogspot.com/p/tamadun-mesopotamia.html