Tamadun
-berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain- bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah.
-dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju.
-Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization dalam bahasa Melayu.
Ø Perkataan civilization dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar.
Asal Usul Tamadun
-Ibn Khaldun - orang pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun pada kurun ke-14 dalam bukunya al-Muqaddimah li Kitab al-'ibar wa Diwan al-Mabtada' wa al-Khabar fi Ayyam al-'Arab wa al-'Ajam wa al-Barbar.
-Di Eropah, perkataan civilisation hanya mula diungkapkan pada abad ke-18 dan mula digunakan pada kurun ke-19.
Ciri-ciri Masyarakat Bertamadun
1. Mempunyai bentuk agama yang tinggi.
2. Bentuk negara yang tersusun dan rapi.
3. Mempunyai sistem undang-undang yang teratur.
4. Kehidupan bandar.
5. Mempunyai bahasa dan sistem tulisan yang maju.
6. Mempunyai bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa.
Menurut sarjana Barat, Darcy Roberio, terdapat sebelas ciri-ciri bagi sesebuah tamadun iaitu,
① Penyebaran teknik pertanian
② Penternakan dan pengkhususan fungsi kumpulan tertentu
③ Revolusi perbandaran
④ Kemunculan bandar dan negara
⑤ Stratifikasi masyarakat dalam kelas-kelas sosial
⑥ Pertanian
⑦ Perairan
⑧ Teknik
⑨ bilangan dan kalendar
⑩ Perkembangan kapal
⑪ Penciptaan mata wang
K.Ratnam & V.Indrani. (2011). Spotlight Alfa Sejarah Tingkatan 4. Selangor: Pan Asia Publications Sdn.Bhd.
Mahdi Shuid Saliza Saad. (2002). STPM Tamadun Dunia. Selangor: Pearson Malaysia Sdn.Bhd.
Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan. (1999). Tamadun Dunia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun